Thursday, 23 May 2013

jANGAN hina si pemakai tudung dan tudung labuh !!!

salam 'alaik..
cer baca tajuk entry al....
huhu...kasar kan.. just wanna share something.. bukan nak mengutuk or mengata...

HIJRAH???
yes.. hirah.. hijrah yg al maksudkan ialah perubahan dari sesuatu yang buruk, kepada sesuatu yg baik. Sekarang sudah ramai sahabat-sahabat sesama islam kita dah berhijrah ke arah kebaikan... Alhamdulillah.. Sejuk mata-mata memandang.. Tak kiralah dia artis atau orang biasa sekalipun, tahniah kerana mempunyai kekuatan untuk berubah kearah kebaikan.

HOW TO CHANGE???
HOW???.... 
Al cuma nak pesan.. kepada sesiapa yang belum berubah mahupun yang berkeinginan untuk berubah ke arah kebaikan, carilah kekuatan diri..bukan mengharap semangat dari si alim mahupun si alimah..

ADA ORANG KATA DEKAT AL: KAU TAK APALAH, KAU MEMANG ALIM...
~Allahuakhbar... Alya tak alim.. apa yang korang nampak sekarang adalah hijrah yang al lakukan. 
Ya... Al mengaku dulu al bertunduk pendek.. Al tak berstokin.. Al berani pakai baju lengan pendek di khalayak ramai waktu al belum berubah. Al mengaku pernah keluar tanpa tudung sebelum Al berubah.. Al dulu tak kisah pakai baju jarang..tapi itu semua dulu..

WAHAI AWAK YANG NAK BERUBAH..
Al jugak pernah alami penghijrahan. Al tahu itu susah. Al tahu memang pahit. Apatah lagi pandangan orang. Al pernah kena semua tu. Apa yang terjadi pada Al sekarang ialah hasil kekuatan al yang Allah beri dan bantuan Sahabat2.

MACAM MANA AL BERUBAH??
sEmuanya bermula 5 tahun yang lalu.. lama?? yup..
macam mana boleh berubah? Al tertarik dengan seorang sahabat yang baru pindah masuk ke sokolah al. Sejuk mata maemandang bila tengok dia.. Dia, bertudung labuh, ilmu agama luas, dan menutup aurat dengan sempurna, lemah lembut..
Lpas mula rapat dengan dia, Al tanamkan dalam diri~ I WANT TO CHANGE, COZ I LOVE MYSELF, MY REGION AND MY FAMILY~ 
Banyak ilmu yg al dapat dari dia.. Al berubah bukan kerana dia,.. Allah  kurniakan dia sebagai perantara untuk Al berubah..
kalau nak kenal boleh klik sini ini blog dia..Namanya Hanani Yazi..student at Mut'ah University, Jordan.


Al tak berubah secara drastik.. sebab Al tau, perubahan drastik yang membuatkan kita rasa tak mampu nak buat.
Al cuma bermula dengan memakai stokin kaki..
First-first memang susah, rasa rimas..n selalu lupa nak pakai.. lepas ja dah boleh istiqamah dengan stokin kaki, al mula pakai handsock dan longgarkan baju. Kmudian Al mula tukar tdung yang labuh..

PERASAAN aL..
~sUbhanallah... indahnya menutup aurat.. Al rasa selamat dan rasa dilindungi.. oRang lelaki dah malu nak usik kita.. yang pasti ~rasa nikmat tu al tak dapat nak gambarkan, sebab indah apabila menutup aurat~


KEPADA SEMUA KAUM HAWA... 
perubahan ke arah kebaikan bukan menunggu hidayah.. Hidayah perlu dicari. Macam mana nak cari hidayah? Carilah dengan kekuatan hati diri sendiri.. Orang lain adalah panduan untuk kita berubah.. Orang lain bukan semangat untuk kita berubah.. Semangat dan kekuatan yang sebenar ialah Allah dan hati kita sendiri..

Kita adalah kekuatan kita...
Orang sekeliling ialah pendorong. 
Semuanya bermula pada diri..
Jangan diharap semangat dari orang lain..
Carilah kekuatan diri dengan bantuan Allah..
Nescaya, kamu akan berasa nikmatnya hukum Allah...

LET'S CHANGE MY DEAR...=)

just for sharing..




No comments: